Berita Jenayah
Tepat sangkaan si bapa, anak maut akibat lemas ketika disumbat botol susu di TASKA
ALOR GAJAH 8 Sept - Polis mengesahkan kematian bayi lelaki berusia lapan bulan di sebuah taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Taman Kelemak Utama di sini semalam, disebabkan lemas.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah, berkata pihaknya menerima laporan bedah siasat ke atas Muhammad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Alor Gajah, semalam.
"Proses bedah siasat bermula pada 7.30 malam hingga 10.45 malam dan punca kematiannya disebabkan lemas.
"Pemeriksaan mendapati tiada kesan kecederaan lain di tubuh bayi lelaki berusia lapan bulan itu," katanya ketika dihubungi Bernama.
Media sebelum ini melaporkan bapa mangsa, Mejar Mohd Fikry Amri Abdul Halim, 39, mendakwa bayinya disumbat botol susu, ditutup dengan kain dan ditekup dengan bantal oleh pengasuh taska terbabit.
Tindakan pengasuh itu dilihat bapa mangsa menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat jagaan itu bersama pihak polis.
Lebih menyedihkan, Mohd Fikry Amri memaklumkan isterinya terpaksa membawa sendiri bayi itu ke hospital dalam keadaan terkulai dan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah serta muka biru selepas dimaklumkan pihak TASKA.
Susulan insiden itu, seorang pengasuh wanita direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
November 21, 2024, 3:59 pm
Hentakan objek tumpul di dada punca kematian wanita disorok dalam 'freezer' - Polis
November 21, 2024, 2:18 pm
Polis cari wanita bantu siasatan kes pukau barang kemas
November 21, 2024, 1:52 pm
Empat rakan sekerja didakwa rogol remaja bawah umur
November 20, 2024, 3:36 pm
Ambil rasuah RM1,000 atas kesalahan cukai jalan, 4 penguat kuasa Negeri Sembilan ditahan
November 20, 2024, 12:16 pm
Suami isteri warga Filipina fasih cakap BM ditahan di KL beli MyKad palsu RM250
November 19, 2024, 10:07 pm
Pengasuh dijel 6 bulan, denda RM10,000 dera bayi tujuh bulan hingga alami pendarahan otak
November 19, 2024, 5:53 pm
Polis tumpas sindiket dadah di Kajang, lebih 39 kilogram dadah dirampas
November 19, 2024, 11:43 am
Empat individu diburu lepas tembakan dalam premis beli hasil sawit
November 18, 2024, 4:27 pm
'Cari pelaku sampai dapat!' - Budak 10 tahun 'mati otak' dilanggar lari ketika berbasikal di Kuang
November 16, 2024, 11:54 am