TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Ancaman bom: Pesawat India mendarat cemas di Turkiye

By
|
Kongsi
image

ERZURUM (TURKIYE) 6 Sept - Sebuah pesawat penumpang India melakukan pendaratan cemas di bandar timur Turkiye hari ini ketika dalam perjalanan ke Jerman atas "faktor keselamatan".

Menurut laporan Agensi Anadolu, pesawat Vistara Airlines dilaporkan dalam perjalanan dari India ke Jerman apabila ia melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Erzurum.

Vistara Airlines dalam satu kenyataan memaklumkan penerbangan UK27 dari Mumbai ke Frankfurt (BOM-FRA) dilencongkan ke Turkiye (lapangan terbang Erzurum) atas faktor keselamatan dan mendarat dengan selamat pada jam 7.05 malam.

Bagaimanapun, beberapa laporan menyatakan pesawat India itu mendarat kerana "ancaman bom."

Menurut sumber, pasukan tindak balas kecemasan Turkiye termasuk Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), kakitangan perubatan, polis dan bomba, segera dihantar ke lapangan terbang susulan pendaratan cemas.

Sumber itu menyebut, penumpang selamat dipindahkan dan pemeriksaan menyeluruh di kawasan kabin dan kargo sedang dijalankan.

Gabenor Erzurum, Mustafa Cifci, dalam satu kenyataan kepada Anadolu, mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 247 penumpang dan anak kapal.

"Pada masa ini, pasukan berada di lapangan, memeriksa bagasi. Pasukan AFAD selamat memindahkan penumpang. Penguatkuasa undang-undang, termasuk polis operasi khas, dan semua pasukan kami berada di lokasi.

"Semua langkah keselamatan di dalam dan di sekitar pesawat sudah di ambil. Ruang udara Erzurum ditutup untuk penerbangan," katanya. - Agensi

+ - reset