Berita Sukan
Liridon dipetik ganti Habib

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Kedah Darul Aman (KDA) FC mengesahkan melepaskan import tengah, Habib Haroon dan penjaga gol, Fikri Che Soh yang mencapai persetujuan menamatkan kontrak lebih awal pada musim ini.
Habib, 23, difahamkan bakal direkrut kelab Sitra yang berpangkalan di di Liga Premier Bahrain.
KDA FC dalam kenyataannya berkata, pengurusan Sang Kenari mengucapkan terima kasih atas segala sumbangan dan dedikasi Habib sepanjang bersama kelab itu.
Menurut kenyataan itu, selepas perbincangan bersama, pihaknya menghormati keputusan Habib untuk membawa haluan yang berbeza kerana mempunyai komitmen peribadi di Bahrain.
"Kudrat yang beliau taburkan sebagai perancang pasukan telah banyak memberi kesan positif dalam prestasi semasa, sehingga layak ke pentas Separuh Akhir Piala FA 2024-2025, dan seluruh warga KDA FC menghargai semua usaha beliau di atas dan luar padang.
"Walaupun perjalanan Habib dan KDA FC bersama berakhir di sini, kami doakan agar beliau terus berjaya di masa hadapan," kata kenyataan itu.
Penghargaan sama diberikan KDA FC kepada Fikri atas tempoh khidmat selama setahun setengah bersama Sang Kenari.
Tambah kenyataan itu, cabaran dan kesabaran pemain itu bersaing di bahagian penjaga gol menunjukkan ketekunan dan disiplin Fikri yang tinggi.
"Selepas menerima permohonan Fikri untuk memberi keutamaan masa depan dan perkembangan terkini kerjaya beliau, hasrat untuk mendapatkan lebih minit perlawanan.
"KDA FC tidak menghalang niat murninya untuk bersaing bersama pasukan baharu.
"Oleh itu, Fikri dan KDA FC mencapai persetujuan untuk berpisah dan menamatkan kontrak lebih awal," ujarnya.
Difahamkan Fikri mendapat tawaran daripada sebuah kelab Liga Super di negara ini bagi memperkukuhkan gawang gol mereka.
Kehilangan Habib terutamanya menjadi bualan para peminat KDA FC kerana merupakan perancang utama kelab tersebut sebelum ini dan mengharapkan akan ada pengganti yang mampu mengisi kekosongan tersebut.
Nama bekas pemain Sang Kenari, Liridon Krasniqi, 32, kini mula menjadi bualan untuk mengisi tempat itu kerana pemain itu sendiri berminat untuk kembali ke Darul Aman bagi membantu KDA FC.
Pemain naturalisasi kebangsaan yang mesra disapa Mat Don itu juga berharap pihak pengurusan Sang Kenari menghubunginya untuk memanggil semula beraksi dengan kelab berkenaan. - Sinar Harian
Berita berkaitan
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm
Jangan beri janji palsu, Hannah Yeoh tegur penaja gagal tunai janji insentif atlet...
March 25, 2025, 2:09 pm
Ahli majlis sepakat namakan Tengku Zafrul calon pilihan Presiden BAM 2025-2029
March 20, 2025, 10:52 am
Datin Anita Azrina dilantik Pengerusi baharu PSM, ganti Hans Isaac
March 17, 2025, 11:43 am
Selangor FC tewas kepada Kuching City, rekod tanpa kalah lebur
March 7, 2025, 2:56 pm