Berita Politik
'1 kerusi pun susah nak menang, PAS mimpi di siang hari nak menang PRN Sabah' - Puad
KUALA LUMPUR 2 September – PAS hanya boleh bermimpi di siang hari apabila menyatakan hasrat untuk bertanding dan memenangi kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah yang akan datang.
Itu pandangan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang berkata ini kerana PAS sukar untuk menang walaupun satu kerusi di Sabah.
"Hadi (Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awand) kata PAS perlu tawan Sabah jika mahu memerdekakan negara.
"Kalau begitu PAS hanya bermimpi di siang hari. PAS sukar menang walaupun satu kerusi di Sabah," katanya melalui Facebook, hari ini.
Sebelum ini, Abdul Hadi berkata PAS perlu bertanding dan memenangi kerusi pada PRN Sabah akan datang.
Untuk membolehkan PAS mentadbir negara, Ahli Parlimen Marang itu berkata parti itu perlu terlebih dahulu menang di negeri bawah bayu itu.
Mengulas lanjut, Mohd Puad mempersoal apa maksud PAS ingin memerdekakan dengan kemenangan di Sabah itu seperti yang dinyatakan Abdul Hadi.
"PAS sendiri tidak mampu memerdekakan partinya daripada amalan politik toksik, politik melabel lawan dengan gelaran 'dajal', 'anti-Islam' dan sebagainya.
"PAS adalah penjajah pemikiran politik agama yang memundurkan. Terlalu lama penjajahan ini berlaku, seolah olah PAS itu Islam dan Islam itu PAS.
"Rakyat perlu dimerdekakan daripada penjajahan politik agama yang menyesatkan ini," katanya.
Berdasarkan rekod, PAS pernah meletak calonnya di beberapa kerusi melalui pilihan raya sebelum ini, namun gagal memenangi sebarang kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, PAS Sabah tidak meletakkan calon seperti kebiasaannya susulan keputusan untuk memberi laluan kepada rakan gabungan Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.
Untuk rekod, DUN Sabah akan terbubar secara automatik pada Oktober tahun depan, lantas PRN perlu diadakan dalam tempoh 60 hari.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am