Berita Ekonomi
Kerajaan tak berhasrat tambat ringgit
![image](https://imgs.mediatelus.com/download.jpeg)
KUALA LUMPUR 19 Mac - Kerajaan tidak merancang untuk menambat ringgit pada masa ini, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata, melihat kepada penambatan ringgit yang dibuat sekitar tahun 1998, keadaan ekonomi ketika itu berbeza berbanding sekarang.
Menurutnya, dari segi kedudukan ekonomi pada 1998, pasaran saham pada masa itu jatuh sebanyak 76 peratus tetapi sekarang jika dilihat dari awal tahun ini pasaran saham sudah naik sebanyak enam peratus.
Selain itu, pinjaman daripada luar negara pada 1998 adalah pada 16 peratus daripada pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding pinjaman daripada luar negara ketika ini hanya pada dua atau satu peratus.
"Kita lihat dari segi reserve (rizab) negara...rizab Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah sekitar RM13 bilion, ia lebih baik berbanding RM26 bilion pada 1998.
"Sehubungan itu, tiada keperluan untuk kita react (bertindak balas) dengan tergesa-gesa mengenainya. Memang kerajaan peka terhadap isu ringgit dan akan berusaha untuk menanganinya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara pada Selasa.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh yang ingin mengetahui adakah kerajaan merancang untuk menambat ringgit bagi mengekang atau menjaga aset negara.
Amir Hamzah berkata, penganalisa juga berpendapat bahawa ringgit akan mengukuh pada tahun ini ke tahap yang lebih baik dan diunjurkan meningkat kepada RM4.50.
"Menerusi Kerangka Ekonomi Madani kita yakin ringgit akan berada pada kedudukan lebih baik pada masa depan,” katanya.
Berita berkaitan
June 25, 2024, 3:06 pm
Inflasi bulan Mei naik 2 peratus
June 20, 2024, 2:21 pm
Penyasaran subsidi tak jejas harga rumah mampu milik
June 20, 2024, 12:56 pm
Malaysia yakin raih pelaburan, eksport bernilai RM13 bilion di Ekspo Dunia 2025 di Osaka
June 12, 2024, 11:57 am
KWSP rekod pendapatan boleh agih RM19.2 bilion pada suku pertama tahun ini
June 5, 2024, 4:15 pm
Kuskop, Bank Rakyat peruntuk dana RM50 juta bangunkan usahawan India
May 30, 2024, 12:46 pm
Pelaburan Google RM9.4 bilion bukti ekonomi negara kuat, jadi tarikan pelabur - PM
May 22, 2024, 11:46 am
Maha Berjaya Frozen Food perluas pasaran di Sabah
May 13, 2024, 10:57 am
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
May 10, 2024, 11:16 am
Timbalan Gabenor BNM dedah ringgit dinilai secara tidak adil
April 17, 2024, 11:37 am