Berita Politik
Pendakwaan Muhyiddin bermotifkan politik, berniat jahat - Bersatu
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 29 Ogos - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyifatkan tindakan kerajaan mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bawah Akta Hasutan 1948 sebagai satu tindakan bermotifkan politik dan berniat jahat.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, polis dan Jabatan Peguam Negara juga memutuskan secara tergesa-gesa untuk dakwa Muhyiddin tanpa mengendahkan fakta dan keterangan daripada individu-individu Utama.
"Pertuduhan terhadap Muhyiddin amat luar biasa apabila Ketua Polis Negara memperakui bahawa kertas siasatan telah diserahkan kepada peguam negara pada hari sama.
"Surat arahan dari Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk mengemukakan Akuan Berkanun sebagai bukti sokongan ajoriti.
"Bukti 115 Akuan Berkanun dari ahli Parlimen yang menyokong Muhyiddin dan akuan penerimaan daripada Setiaussaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong," katanya.
Menurut Hamzah, bersatu mengecam sekeras-kerasnya sikap hipokrasi Anwar serta pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dahulunya lantang menentang Akta Hasutan 1948 dan berjanji untuk menghapuskan akta yang dikatakan undang-undang zalim atau 'draconian law' dalam manifesti PH sekiranya membentuk kerajaan selepas PRU ke-15.
"Ironinya, setelah menjadi kerajaan, mereka telah menggunakan Akta Hasutan 1948 berulang kali secara zalim untuk menekan dan menindas lawan politik.
"Bersatu percaya bahawa institusi kehakiman dalam negara akan bertindak secara bebas, adil dan bijaksana dalam menilai keseluruhan peruntukan dalam Akta Hasutan 1948 termasuk peruntukan pengecualian bagi suatu perbuatan, ucapan, perkataan, penerbitan atau benda lain untuk disifatkan menghasut," katanya.
Tambahnya, mesyuarat khas MPT Bersatu membuat ketetapan untuk berdiri teguh Bersama Muhyiddin dan menyeru seluruh pimpinan, akar umbi dan penyokong bersolidariti Bersama Muhyiddin. - Media Telus
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am