Berita Ekonomi
Pengendali Starbucks Malaysia alami kerugian RM91.5 juta

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 28 Ogos - Berjaya Food Bhd (BFood) mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM91.51 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, berbanding keuntungan bersih RM103.40 juta pada tahun kewangan sebelumnya.
BFood dalam satu kenyataan berkata, perolehan syarikat turun kepada RM730.30 juta daripada RM1.11 bilion pada tahun sebelumnya.
Perolehan lebih rendah itu adalah disebabkan sentimen semasa berkaitan dengan konflik di Timur Tengah serta kerugian sekali susulan penjualan keseluruhan kepentingan ekuiti kumpulan dalam Jollibean Foods Pte Ltd.
Bagi suku keempat 2024, kumpulan itu mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM38.20 juta berbanding keuntungan bersih sebanyak RM17.28 juta pada suku yang sama tahun lepas manakala perolehan merosot kepada RM130.56 juta daripada RM271.74 juta.
Dalam pada itu, BFood juga tidak mengesyorkan sebarang dividen pada suku semasa tahun ini.
Berkaitan prospek masa depan, BFood berkata lembaga pengarah menyedari akan keadaan pasaran yang mencabar ketika ini dan tekanan luaran yang menjejaskan prestasi perniagaan kumpulan.
“Walaupun menghadapi kesukaran ini, kami tetap optimis dalam berhati-hati dan menjangkakan prestasi operasi meningkat secara beransur-ansur sepanjang tahun kewangan akan datang.
“Meskipun pemulihan mungkin perlahan disebabkan keadaan tidak menentu yang berterusan, lembaga pengarah percaya pelarasan strategik dan penambahbaikan operasi akan dapat membantu mengukuhkan kedudukan kumpulan dan mencapai keputusan kewangan yang lebih baik,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
April 9, 2025, 11:43 am
Saham AS menjunam penangan kenaikan tarif 104 peratus terhadap China
April 8, 2025, 3:50 pm
BNM mungkin turunkan kadar OPR jika pertumbuhan ekonomi lemah – HLIB
April 4, 2025, 11:48 am
Bursa Malaysia dibuka rendah dipengaruhi ketidaktentuan global dan tarif AS
March 27, 2025, 1:21 pm
Rasionalisasi subsidi RON95 akan ada dua peringkat harga, salur guna MyKad - Amir Hamzah
March 12, 2025, 11:36 am
Diarah bayar lialibiti tertunggak, Sapura Energy dapat pelaburan RM1.1 bilion daripada kerajaan
March 7, 2025, 3:02 pm
BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.00% sepanjang 2025
March 6, 2025, 3:15 pm
BNM kekalkan OPR pada kadar 3 peratus
March 3, 2025, 11:59 am
Lebih 4,500 tempahan, e.MAS 7 berjaya dominasi 25 peratus pasaran EV tempatan
February 28, 2025, 10:48 am
Genting Bhd dijangka catat kerugian RM22 juta bagi suku keempat tahun lalu
February 21, 2025, 12:15 pm