TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Hiburan

Syamsul Yusof sedia lepaskan Ira Kazar

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Pengarah sensasi Syamsul Yusof dan isteri, Ira Kazar tidak dapat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Keramat, Selangor bagi sebutan kes perceraian mereka, hari ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam Syamsul, Azmi Mohd Rais.

"Sepatutnya hari ini (Selasa) sebutan kes tuntutan cerai dengan kebenaran mahkamah. Saya dimaklumkan Ira tidak hadir kerana baru lantik peguam, jadi Syamsul juga tidak hadir.

"Syamsul sedia lepaskan Ira hari ini, tapi Ira tidak hadir. Itu yang dimaklumkan kepada saya. Kalau boleh kes mahkamah ini nak dipercepatkan bukan dilambatkan," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Susulan itu, Azmi berkata, mahkamah akan menetapkan tarikh baharu bagi sebutan kedua kes perceraian Syamsul dan Ira.

"Hari ini mahkamah akan bagi tarikh baharu untuk sebutan yang kedua. Andai kes cerai ini tidak dipersetujui Ira, pasangan tersebut perlu melalui prosedur Jawatankuasa Pendamai (JKP)," katanya.

Pada 16 Ogos lalu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 40, mengejutkan ramai apabila memfailkan perceraian terhadap isterinya, Ira di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Azmi berkata, pasangan itu sudah tiada persefahaman.

Terdahulu, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari tahun lalu di Selatan Thailand.

Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu. 

+ - reset