Berita Politik
Kerjasama Kerajaan Perpaduan, BN di tahap terbaik - Anwar
KUALA LUMPUR 25 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hubungan dan kerjasama Kerajaan Perpaduan bersama parti gabungannya UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih di tahap baik.
Beliau juga berkata, pada masa ini, kerjasama dengan UMNO adalah sangat memuaskan.
"Jadi untuk masa hadapan, itu kita masih buka ruang untuk berbincang secara baik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk Al Aqsa dan Palestin sempena Sambutan Hari Masjid Sedunia 2024 di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi ini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU), yang memberi amaran supaya ahlinya tidak terbuai dengan fitnah dan tohmahan pihak lawan sehingga terbit rasa sangsi sesama sendiri.
Ketika menyampaikan ucapan dasar di hadapan lebih 2,000 perwakilan, Ahmad Zahid mahu setiap ahli dan peringkat kepimpinan termasuk Majlis Kerja Tertinggi (MKT) mengetepikan perbezaan dalam usaha memperkuat parti agar UMNO kembali dominan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16.) - Bernama
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm