TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Sewa dua unit pangsapuri jadi lokasi transit warga asing

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Dua unit pangsapuri di Lembah Klang yang dijadikan sindiket sebagai tempat transit pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan bayaran RM1,000 sebulan diserbu polis, pada Khamis.

Op Pintas berasingan itu dijalankan sepasukan Bahagian D3 Antipemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, serbuan bermula jam 10.35 malam di Cheras, Kuala Lumpur dan Kajang, Selangor bertindak menahan 29 warga Myanmar termasuk dua wanita.

Menurutnya, lima suspek lelaki berusia 27 hingga 30 tahun berperanan sebagai ejen dan penjaga rumah transit.

"Mereka ini disiasat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

"Selain itu, 24 lagi PATI berusia 18 hingga 36 tahun berkenaan dipercayai baru tiba ke Malaysia melalui laluan haram. Tindakan diambil di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati dua lokasi terbabit melibatkan sindiket yang sama dikenali 'Bukyaw'.

Tambah Soffian, sindiket menyewa unit pangsapuri itu dengan bayaran RM1,000 sebulan sejak hampir setahun.

Tegasnya, kesemua tangkapan masing-masing dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang dan IPD Cheras untuk tindakan lanjut.

+ - reset