Berita Politik
Putus kerjasama politik jika martabat Islam, Melayu digugat
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya akan menghentikan kerjasama politik dengan mana-mana parti jika martabat Islam, agenda Melayu digugat.
Ahmad Zahid berkata, perkara itu sudah dimeterai sejak 50 tahun yang lalu yang mana perkongsian kuasa dengan mewajibkan semua pihak menerima keindukan Melayu dan Islam juga adalah pendirian Umno semasa pembentukan BN.
"Kita katakan kepada parti Gerakan dan PPP (Parti Progresif Penduduk) ketika itu, yang agak keras mahukan hak sama rata. Penegasan ini jugalah kita nyatakan kepada DAP dua tahun lalu.
"Malah, jika kerjasama politik masa depan kita turut membabitkan mana-mana pihak lain, kita tetap dengan pendirian ini," katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2024 hari ini.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, beliau secara sinis menyatakan model perkongsian kuasa BN cuba dilaksanakan oleh pentadbiran kerajaan pada waktu itu selepas mereka kecundang.
"Perkongsian mereka tidak bertahan lama. Ini kerana prinsip perkongsian mereka dipenuhi dengan percaturan politik dan rasa saling tidak percaya yang akhirnya menyaksikan kita melalui lima tahun dalam keadaan ketidakstabilan.
"Selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) lalu, sekali lagi politik Malaysia diuji. Tiada mana-mana parti atau gabungan yang mempunyai cukup jumlah untuk membentuk kerajaan. Dengan hikmah dan hematnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16, kita meneruskan asas perkongsian kuasa.
"Walaupun ada yang meroyan dan mempersoal kenapa tak dilantik menjadi Perdana Menteri semula. Hingga Paduka Tuanku sanggup dipersenda, mengundang murka pihak istana," katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm