TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

Selagi Najib terperangkap di sebalik tirai besi, suara dan ikhtiar UMNO tak akan terhenti

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 23 Ogos - Usul tertinggi yang diterima pada 72 bahagian UMNO adalah pengampunan penuh bekas Presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, selagi Bossku (Najib) terperangkap di sebalik tirai besi, suara dan ikhtiar UMNo tidak akan terhenti.

"Malah, berilah kepercayaan dan keyakinan kepada kepimpinan tertinggi.

"Justeru, saya memohon untuk kita terus berdoa kerana doa inilah senjata kita. Semoga Allah melembutkan hati dan membukakan jalan agar pembebasan Datuk Seri Najib ini berlaku akhirnya, mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

"Hakikatnya kuasa bukan di tangan kita tetapi iman kita meyakini Allah adalah pemilik hati manusia, Insya-Allah," katanya berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) hari ini.

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pengampunan dalam kes ini adalah kuasa prerogatif Yang di-Pertuan Agong, yang bersifat mutlak. - Media Telus

+ - reset