TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Doktor muda keluar wang ASB RM177,930 serah kepada ‘phone scam’

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

KUANTAN 22 Ogos - Seorang pegawai perubatan berputih mata apabila tepaksa menanggung kerugian RM177,930 selepas diperdaya individu yang menyamar dari pihak multimedia dan pegawai polis.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, berkata berdasarkan laporan diterima semalam, mangsa berusia 29 tahun itu menerima panggilan telefon daripada suspek pada 5 Ogos lalu.

Beliau berkata, dalam perbualan itu, mangsa diberitahu nombor telefonnya terbabit kes judi dalam talian sebelum panggilan disambungkan kepada pegawai polis yang memaklumkan dia turut terbabit kes pengubahan wang haram.

"Mangsa diberitahu polis menerima surat perintah penangkapan dan pembekuan aset sebelum diberikan satu pautan untuk dimuat turun aplikasi Bank Negara Malaysia (BNM) dan mengisi maklumat yang diperlukan.

"Akibat takut, mangsa mematuhi semua arahan suspek yang memintanya mengesahkan setiap transaksi yang dibuat. Sebanyak 12 transaksi dibuat kepada tujuh akaun bank sehingga memindahkan sejumlah RM177,930 daripada akaun ASB ke akaun bank miliknya bagi tujuan audit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Yahya berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Beliau menasihati orang ramai yang menerima panggilan meragukan, untuk segera membuat semakan dengan polis atau agensi kerajaan berkaitan bagi mengelak dari menjadi mangsa penipuan.

"Masyarakat juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima dipautan https://semakmule.rmp.gov.my terlebih dahulu sebelum membuat sebarang transaksi," katanya. - Media Telus

+ - reset