TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Remaja lelaki Sri Lanka menyamar budak 10 tahun cuba mohon pasport Malaysia

By
|
Kongsi
image

Oleh NUR LELA ZULKIPLI

GEORGETOWN 22 Ogos – Taktik licik seorang remaja lelaki warga Sri Lanka menyamar sebagai kanak-kanak berusia 10 tahun untuk memohon pasport antarabangsa Malaysia tidak menjadi apabila ditahan pihak imigresen.

Remaja lelaki itu kelihatan mencurigakan apabila datang ke pejabat imigresen untuk memohon pasport antarabangsa menggunakan dokumen pengenalan diri sebagai kanak-kanak berusia 10 tahun.

Pengarah Imigresen negeri, Nur Zulfa Ibrahim berkata lelaki itu hadir ke Pejabat Imigresen UTC Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) dengan ditemani seorang wanita warga tempatan yang mendakwa sebagai ibunya.

Beliau berkata, penyelia bertugas menyedari keadaan fizikal individu itu tidak sepadan kanak-kanak berusia 10 tahun, malah dia tidak memahami sebarang soalan diajukan dan pertuturan digunakan juga bukan dalam dialek Tamil biasa diucapkan masyarakat India di Malaysia.

"Hasil soal siasat, wanita yang menemani lelaki itu mengaku bukanlah ibu kepada pemohon pasport itu, sebaliknya menerima sejumlah wang sebagai ganjaran untuk urusan itu.

"Suspek juga mengaku statusnya sebagai warganegara Sri Lanka, sebelum kedua-dua mereka ditahan di bawah Akta Pasport 1966 untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya. - Media Telus

+ - reset