Berita Politik
Tun M nafi dirinya mahu mengharamkan UMNO
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 21 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa dirinya mahu mengharamkan UMNO.
Pejabat Dr Mahathir dalam satu kenyataan berkata, perkara itu tidak benar sama sekali.
"Jika Dr Mahathir berhasrat untuk mengharamkan UMNO, beliau sebagai Perdana Menteri boleh mengarah Menteri Dalam Negeri melakukannya serta merta.
"Tetapi, selama dua tahun lebih, Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, UMNO Mmasih terus berada (kekal)," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurutnya, Dr Mahathir menyuruh Zahid membubarkan UMNO kerana parti itu sudah kalah Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan tidak lagi mewakili orang Melayu.
Jelasnya, pemimpin-pemimpinnya juga terkait dengan rasuah dan sudah tidak lagi berjuang demi agama, bangsa dan tanah air seperti tujuan asal parti itu ditubuhkan.
"Pembubaran yang dicadangkan terletak di atas bahu Zahid dan kepimpinan UMNO jika mereka menyedari bahawa parti itu telah terpesong daripada perjuangannya dan tidak layak lagi menggunakan nama UMNO," katanya.
Kenyataan itu berkata, Zahid juga kemudiannya telah didakwa di mahkamah atas 47 pertuduhan berkaitan rasuah.
"Bahawa parti yang Bernama UMNO masih ada hingga sekarang membuktikan parti itu tidak pernah diharamkan," katanya.
Untuk rekod, Ahmad Zahid mendedahkan dirinya adalah dalang utama menjatuhkan Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri ketika itu dalam usaha menyelamatkan tindakan pengharaman UMNO.
Menurut Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, tindakan luar biasa itu terpaksa dilakukan untuk menolak Dr Mahathir yang ingin mengharamkan parti tersebut. - Media Telus
#TUNMAHATHIR #UMNO #POLITIK #AHMADZAHIDHAMIDI
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm