Berita Politik
Ahli UMNO perlu berani berubah, korban masa demi perjuang nasib rakyat - Tengku Zafrul
Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 21 Ogos – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mempunyai kepercayaan penuh terhadap parti keramat itu untuk bangkit semula sekali gus memenangi hati rakyat seperti sebelum ini.
Zafrul berkata, UMNO masih berpegang kepada ‘nawaitu’ yang betul selain wadah parti yang masih murni untuk kekal relevan di dalam hati rakyat negara ini.
“Nawaitunya (UMNO) masih betul, wadahnya masih murni dan kompasnya masih tepat. Dan sebab itu saya percaya masih ada sinar untuk UMNO.
“Sejak dahulu lagi UMNO tidak putus memperjuangkan nasib bangsa, agama dan tanah air. Sebuah wadah yang memperjuangkan hak dan nasib bangsa Melayu dan bumiputera tanpa bersikap zalim kepada bangsa lain,” katanya.
Katanya lagi, kekuatan itulah yang menjadi pendorong kepada UMNO untuk terus menabur bakti dan jasa kepada Malaysia.
“Jika kita berpegang kepada akar UMNO yang kuat, saya yakin UMNO akan kembali dan terus berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
“Ahli UMNO perlu menunjukkan usaha untuk bergerak menuju perubahan dan berani untuk berkorban masa bagi mencapai hasrat itu,” katanya.
Menurut Zafrul lagi, ahli UMNO perlu berubah dan meninggalkan takuk lama untuk terus menjadi parti keramat yang selama ini memperjuangkan nasib orang melayu dan Bumiputera.
“Kita perlu bersuara, tegur dan nasihat. Perlu berani ambil tanggungjawab untuk membuat perubahan.
“Berani kuatkan nawaitu perjuangan kita dan insyaAllah UMNO akan menjadi obor besar menerangii kehidupan orang Melayu dan juga rakyat Malaysia,” katanya.
Zafrul turut menasihatkan supaya ahli UMNO bangkit dan kuatkan parti semula supaya hati rakyat kembali bertaut kepada kemimpinan yang memperjuangan nasib rakyat sejak sekian lama.
“Maka bangkitlah kita semua, bangkit para pejuang. Kita bangkit dan kuatkan UMNO semula dan menangi hati rakyat semula.
“Inilah masa kita bangkit pertahankan perjuangan UMNO demi masa depan yang lebih baik,” katanya. - Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm