TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Anggota PGA cedera parah dipukul di Sungai Golok

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU - Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dilaporkan cedera parah selepas dipukul di sebuah premis di Sungai Golok, Thailand, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, mangsa yang bertugas di Tumpat itu telah mengalami kecederaan di kepala dan dibantu orang awam untuk mendapatkan rawatan di Hospital Sungai Golok.

Sumber berkata, anggota PGA berusia 20-an itu sudah diserahkan kepada pasukan PGA di Rantau Panjang sebelum dihantar ke Hospital Kelaboran, Tumpat.

“Anggota itu kini sedang menerima rawatan lanjut di hospital berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan kejadian terbabit.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu dan akan ada tindakan di bawah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JPS).

“Perkara itu di luar pengetahuan kita, kita akui ada kes berkenaan dan hanya tahu melalui PGA," katanya. - Sinar Harian

+ - reset