TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Dua musuh kelab bola sepak India bersatu tuntut keadilan kes rogol, bunuh doktor pelatih

By
|
Kongsi
image

KOLKATA 20 Ogos - Penyokong kelab bola sepak East Bengal dan Mohun Bagan melupakan seketika perseteruan mereka dan bersatu dalam bantahan menentang kes rogol dan bunuh seorang doktor pelatih di hospital Kolkata.

Perlawanan Piala Durand antara dua kelab berkenaan dibatalkan kerana faktor keselamatan, tetapi penyokong-penyokong berkumpul berhampiran Stadium Salt Lake bagi menuntut keadilan untuk mangsa berusia 31 tahun itu - yang dirogol dan dibunuh di Hospital RG Kar.

Setiausaha Agung Mohun Bagan, Debshis Dutta berkata, dia tidak terkejut dengan semangat perpaduan ditunjukkan penyokong kedua-dua kelab berkenaan.

"Mereka mewakili masyarakat... insiden sebegini membuatkan kita semua bersedih dan kami mahu penyelesaian pantas," kata Dutta.

 

Sebahagian penyokong cedera ketika pihak polis cuba meleraikan perhimpunan berkenaan.

Pemain pertahanan India dan Mohun Bagan, Subhashish Bose yang turut menyertai bantahan itu berkata: "Hanya satu tuntutan, semua orang mahukan keadilan." - Agensi

+ - reset