Berita Politik
DNA pemimpin-pemimpin utama negara hadir daripada UMNO - Zambry
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Parti UMNO disifatkan sebagai medan melahirkan pemimpin.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, kebanyakan DNA pemimpin datang daripada UMNO termasuklah pemimpin-pemimpin utama negara.
"Kekalkan warisan ini agar lebih ramai pemimpin yang bakal dilahirkan melalui Mahasiswa UMNO bermula dari sekarang untuk masa hadapan," katanya dalam kenyataan di media sosialnya hari ini.
Menurut Zambry, satu daripada cabang UMNO menghasilkan pemimpin adalah menerusi Persidangan Mahasiswa UMNO (PMU).
Malah, PMU 2024 kali ini juga menyaksikan kehadiran lebih daripada 430 mahasiswa yang melibatkan 19 universiti awam dari seluruh negara.
"PMU sebagai medan untuk mahasiswa berkumpul, bersidang, berbincang dan berdebat mengenai isu-isu semasa yang melibatkan mahasiswa khususnya belia-belia dalam negara.
"Ketika mencetuskan idea untuk mengadakan PMU 2024 ini, saya merasakan mahasiswa perlu bergiat proaktif dengan pengisian persidangan ini menjadi langkah awal membentuk jati diri kepimpinan di samping ilmu untuk memimpin.
"Dalam ucapan saya juga menyatakan bahawa UMNO merupakan medan melahirkan pemimpin," katanya.
PMU 2024 telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan turut hadir ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd Fauzi. - Media Telus
#PMU2024 #ZAMBRYABDULKADIR #UMNO
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm