Berita Politik
Lebih 90 Orang Asli di Nenggiri sokong BN
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Lebih 90 peratus Orang Asli di Nenggiri memberi sokongan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani pada pilihan raya kecil (PRK) Nenggiri, Sabtu lalu.
Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor memaklumkan perkara itu menerusi infografik yang dimuat naik di akaun media sosialnya.
Lima pusat daerah mengundi (PDM) mencatatkan keseluruhan 90.6 peratus sokongan. PDM Tohoi mencatat 92.2% sokongan; PDM Sungai Puain, 98.4%; PDM Jenera, 83.3%; PDM Simpor, 94.7% dan PDM Sungai Wias, 88.7%.
Dalam pada itu, Ramli yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Penempatan Orang Asli merakamkan ucapan penghargaan terhadap jentera Barisan Nasional dan kepada ADUN Nenggiri yang baharu.
"Syabas diucapkan kepada seluruh jentera BN dan semua pihak yang membantu memenangkan BN dalam PRK DUN Nenggiri kali ini.
"Terima kasih pengundi Nenggiri terutama sekali masyarakat Orang Asli atas keyakinan dan kepercayaan kepada BN.
"YB Awie, selamat menunaikan tanggungjawab dan amanah sebagai wakil rakyat. Suara Nenggiri pasti diangkat dengan lantang ke DUN Kelantan," kata timbalan speaker Dewan Rakyat itu. - Media Telus
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm