Berita Politik
Anwar terkejut BN menang PRK Nenggiri
KUALA LUMPUR 19 Ogos - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Nenggiri sebagai keputusan yang mengejutkan dan berjaya membuktikan rakyat menolak budaya politik yang penuh kebencian.
Menyifatkan keputusan PRK Nenggiri sebagai mengejutkan, Anwar berkata rakyat melihat kemampuan Umno untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat Melayu dan Orang Asli di kubu PAS dan Bersatu di Kelantan.
“Dijangka sukar laluannya bagi calon Umno dan kerajaan perpaduan, tetapi keputusan ini mengejutkan. Ini menunjukkan rakyat menolak politik maki hamun, cerca, dan fitnah.
“Ini (kemenangan) akan memberikan semangat baru kepada Umno, BN, Pakatan Harapan, dan rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan untuk bekerja lebih kuat, yakin dengan pendirian kita.
“Insya-Allah, lambat-laun rakyat termasuk orang Melayu akan menerima kenyataan perubahan itu akan memberi manfaat kepada mereka dan seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi hos majlis makan tengah hari sempena kunjungan hormat Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah Sultan Hassanal Bolkiah.
Anwar turut merakam ucapan tahniah kepada calon BN, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani yang berjaya merampas semula kerusi Nenggiri dengan kemenangan majoriti besar 3,352 undi.
Ketua Pemuda Umno Kelantan itu memperoleh 9,091 undi, menewaskan Mohd Rizwadi Ismail mewakili Perikatan Nasional (PN), dengan meraih 5,739 undi.
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm