Berita Politik
PRK Nenggiri: Kemenangan BN hanya sia-sia jika parti lalai - Dr Akmal
KUALA LUMPUR 18 Ogos - Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hanyalah sia-sia jika parti itu lalai dan rakyat akan kembali menghukum dengan menarik semula kepercayaan yang diberi untuk mentadbir.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, berkata kepercayaan pengundi Melayu terhadap UMNO hilang, sehingga membuatkan mereka beralih menyokong parti lain, sebagai isyarat kepada pemimpin parti.
Menurutnya, UMNO perlu berubah daripada gaya politik dan pemikiran yang tidak lagi relevan di hati rakyat untuk menarik kembali sokongan dan kepercayaan pengundi Melayu. Malah, kepercayaan pengundi Melayu terhadap UMNO hilang, sehingga membuatkan mereka beralih menyokong parti lain, sebagai isyarat kepada pemimpin parti.
"Kekuatan UMNO adalah orang Melayu Bumiputera dan populasi (DUN) Nenggiri yang hampir 95 peratus Melayu Bumiputera menjadi satu indikator bahawa UMNO masih lagi di hati setiap orang Melayu.
"Tetapi sebelum ini mereka mungkin sayang tetapi tidak percaya kepada UMNO dan membuatkan mereka tidak mempunyai pilihan dan beralih arah kepada parti selain UMNO untuk memberi signal bahawa rakyat mahukan perubahan dalam UMNO," katanya di Facebook beliau.
Dr Akmal berkata, rakyat kini mahukan pemimpin yang berkhidmat dan berani membawa suara mereka bukan pemimpin yang hanya bergelar 'Yang Berhormat' tetapi hanya memikirkan tentang kepentingan diri saja.
"Bukan mudah untuk melakukan perubahan tetapi kita sudah melakukannya di Nenggiri dan Alhamdulillah rakyat menerima dan kembali mempercayai parti keramat ini.
"Dan kepercayaan ini bukanlah bersifat kekal kerana jika kita lalai, maka sudah pasti kita akan dihukum kembali oleh rakyat," katanya.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pimpinan tertinggi UMNO kerana mempercayai barisan pemuda UMNO untuk menerajui perubahan ini
"Bukan mudah kerana pelbagai dugaan dihadapi oleh kami dari peringkat awal, tetapi kami percaya jika kita ikhlas demi agama bangsa dan negara, Allah akan bantu perjuangan ini.
"Pemuda UMNO kekal konsisten membawa suara rakyat tanpa rasa takut dulu, kini dan selamanya," katanya.
Beliau juga percaya UMNO wajib menjadi platform utama untuk menyatupadukan Melayu Islam di negara ini seperti di peringkat awal penubuhan UMNO dulu kerana itulah yang dimahukan semua rakyat," katanya.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am