TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

BN rampas kerusi Nenggiri, majoriti lebih 3,000

By
|
Kongsi
image

GUA MUSANG 17 Ogos - Barisan Nasional (BN)  memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri selepas mendahului dengan majoriti 3,026 undi.

Calon BN, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani memperoleh 8,202 undi manakala PN yang diwakili, Mohd. Rizwadi Ismail sebanyak 5,176 undi.

PN hanya menang di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) manakala 17 PDM memihak kepada BN.

Dalam pada itu, melalui siaran langsung di Facebook Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, memaparkan penyokong bersorak selepas BN meninggalkan PN dengan majoriti selesa iaitu lebih 3,000 undi setakat pukul 8 malam. – Media Telus

#PRK #Nenggiri #BN

+ - reset