TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Penduduk Islam di Jogjakarta sambut Aidilfitri hari ini

By
|
Kongsi
image

JAKARTA 5 April - Berbeza dengan umat Islam lain, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Jogjakarta menyambut lebaran 1 Syawal pada  hari ini.

Lapor akhbar Detiknews semalam, jemaah Masjid Aolia akan menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri pada hari Jumaat.

Pelaksanaan ibadah tersebut  bertempat di rumah imam masjid Aolia, di Kabupaten Gunungkidul. 

“Esok (hari ini) jemaah masjid Aolia akan menunaikan solat sunat hari raya,” kata menantu Mbah Benu, Daud, ketika dihubungi wartawan semalam.

Daud berkata,  solat sunat itu akan diimamkan oleh KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau dipanggil Mbah Benu dan tiada takbir  dilakukan seperti tahun-tahun sebelumnya. 

“Tiada aktiviti (takbir),” katanya. 

Sebelum ini, jemaah masjid Aolia mula berpuasa pada hari Khamis, 7 Mac 2024.

“Kementerian Agama meminta penjelasan Mbah Ibnu  mengapa beliau memulakan tarawih malam tadi. Kami berjumpa dan (Ibnu) menjelaskan bahawa ia berdasarkan kepercayaan beliau,” kata Ketua Jabatan Agama Islam itu kepada detikJogja pada 7 Mac lalu. – AGENSI 

+ - reset