TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

PRK Nenggiri: 'Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih' - Ku Li

By
|
Kongsi
image

GUA MUSANG 16 Ogos - Pengarah PRK DUN Nenggiri BN, Tengku Razaleigh Hamzah menggesa pengundi di Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk keluar dan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi esok.

Katanya, tidak kira calon mana yang menjadi pilihan pengundi, apa yang lebih penting adalah usaha untuk menentukan perubahan yang rakyat mahukan.

"Keluarlah mengundi tidak kira calon mana yang ingin dipilih, undi ini yang akan menentukan perubahan yang mereka mahukan," katanya.

Menurut beliau yang mesra di sapa Ku Li, penyelesaian isu setempat di DUN dilihat mampu memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) esok.

Katanya, parti itu banyak memberi perhatian mencari penyelesaian terhadap masalah dihadapi rakyat luar bandar.

"Kita menawarkan untuk berkhidmat bagi kawasan DUN Nenggiri, semestinya banyak perkara yang timbul menyentuh isu rakyat tempatan jadi kita menumpukan sepenuh perhatian terhadap soal ini.

"Sekarang ini kita berhadapan masalah setempat, jadi fokus kita mestilah mengenai perkara yang menghimpit kehidupan rakyat tempatan terutamanya di kawasan DUN Nenggiri," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ketika ditemui selepas Program Perasu Berselawat di Perkarangan Pejabat Felda Perasu yang turut dihadiri Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Mohd Syahbuddin Hashim, malam tadi.

Ku Li turut berpuas hati dengan kerjasama antara jentera yang ditunjukkan sepanjang tempoh berkempen.

"Ini menandakan bahawa mereka (jentera) sudah melakukan pekerjaan dengan baik malah ini memberikan harapan yang positif kepada parti.

"Berdasarkan taklimat yang diadakan juga kita tidak berdepan dengan apa-apa permasalahan yang besar dan sebarang isu yang timbul dapat diselesaikan dengan baik," katanya.

 

+ - reset