TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

NSFC buat rombakan kejurulatihan, K Nanthakumar kemudi pasukan

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Penolong Ketua Jurulaih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Nanthakuma dilantik sebagai Ketua Jurulatih Pasukan berkuat kuasa pada semalam.

Penstrukturan semula barisan kejurulatihan yang dilakukan Negeri Sembilan Football Club Sdn Bhd itu turut menyaksikan pelantikan Penolong Ketua Jurulatih baharu iaitu Efendi Abdul Malek dan K Rajan.

NSFC dalam satu kenyataan berkata, Megat Amir Faisal akan kembali menjadi jurulatih penjaga gol, manakala jawatan Efendi sebagai pengarah teknikal sebelum ini diambil alih oleh Azzmi Ab Aziz.

"Kelab telah menjalankan semakan menyeluruh terhadap struktur dan operasi pasukan Liga Super Negeri Sembilan FC, dan selepas pertimbangan yang teliti, pihak pengurusan bersetuju bahawa penstrukturan semula adalah perlu.

"Proses penstrukturan ini melibatkan perubahan barisan kejurulatihan pasukan Liga Super Negeri Sembilan FC sahaja, bagi memastikan kelab kekal berdaya saing di peringkat Liga Super,” katanya pada Khamis

Mengakui cabaran yang bakal dihadapi menerusi perubahan ini, NSFC bagaimanapun tetap yakin bahawa tindakan itu akan mengekalkan pasukan untuk sentiasa kompetetif.

Selain itu, ini juga bukti bahawa NSFC terus komited untuk mencapai perancangan jangka panjang yang telah dirancangka sejak awal musim.

"Diharap sokongan berterusan dapat diberikan bagi mengharungi fasa penting perjalanan membina semula kelab ini dan terima kasih atas sokongan serta kesetiaan tidak berbelah bahagi daripada semua penyokong," katanya. -Media Telus

#NSFC #BOLASEPAK #NEGERISEMBILAN 

+ - reset