TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Amil dipenjara 8 bulan sakau duit zakat RM45,472

By
|
Kongsi
image

SINGAPURA 14 Ogos – Gelap mata semasa mengendalikan wang zakat, seorang amil sebuah masjid di Singapura dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah mencuri wang zakat yang disumbangkan orang ramai, lapor saluran berita Channel NewsAsia semalam.

Muhammad Hafiz Mohd Yusof, 28, mengaku bersalah atas tiga pertuduhan pecah amanah sebagai pekerja, dengan tiga pertuduhan lagi diambil kira.

Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, tertuduh bekerja sebagai pegawai zakat di masjid Al-Istiqamah yang terletak di 2 Serangoon North Avenue 2.

Dia ditugaskan memungut bayaran zakat daripada orang ramai di masjid berkenaan dengan mengeluarkan resit janaan komputer kepada pembayar sebelum menyimpan wang tunai di dalam peti keselamatan.

Pada April 2022, seorang individu pergi ke masjid tersebut untuk membuat pembayaran zakat dengan menyerahkan wang tunai sebanyak SG$5,100 (RM17,165) kepada tertuduh.

Tertuduh mengeluarkan resit dengan nilai SG$5,100 kepada mangsa, namun kemudian membatalkannya dan mendaftarkan bayaran sebagai SG$100 (RM336.50).

Dia mengulangi perbuatan sama beberapa kali dan mengaut sejumlah SG$13,514 (RM45,472) dana zakat untuk kegunaan peribadinya.

Hakim Daerah, Kok Shu-En ketika menjatuhi hukuman berkata : “Apabila anda mengatakan anda melakukan ini kerana bergelut dari segi kewangan dan mahu saya menganggap ini adalah kesalahan pertama, anda juga mesti sedar bahawa kesalahan itu adalah serius.” – AGENSI

+ - reset