TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

PRK Nenggiri: Muhyiddin pesan calon PN jangan 'over confident' walau ada peluang menang

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 Ogos – "Saya yakin (boleh menang) tapi dalam PRK kita jangan ‘over confident,”. Itu pesanan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada gabungan itu supaya tidak terlalu yakin meskipun calonnya, Mohd Riswandi mempunyai peluang cerah memenangi kerusi DUN Nenggiri pada pilihan raya kecil (PRK), 17 Ogos ini.

Katanya, PRK Nenggiri kini berada dalam tempoh kritikal dengan berbaki tiga hari lagi untuk mengetahui arah sokongan pengundi dalam menentukan calon pilihan mereka.

"Saya yakin (boleh menang) tapi dalam PRK kita jangan terlalu ‘over confident’, berbaki tiga hari ini agak kritikal untuk menentukan arah mana, termasuk pengundi luar.

"Saya merayu, memohon pengundi luar sana untuk balik ke kampung masing-masing mengundi pada 17 Ogos.

“Walaupun sokongan agak baik tapi kalau mereka tidak pulang maka peratusan merosot, ia memberi satu masalah nanti,” katanya ketika ditemui selepas program ramah mesra bersama penduduk Kampung Limau Kasturi, Gua Musang.

PRK DUN Nenggiri menyaksikan pertembungan dua penjuru antara calon BN Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dan PAS yang diwakili Rizwadi.

Seramai 20,259 pemilih layak untuk mengundi akan menentukan wakil rakyat baru kawasan itu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu, Mohd Azizi Abu Naim menang kerusi itu dengan majoriti 810 undi apabila mendapat 6,517 undi, berbanding calon BN, Ab Aziz Yusoff yang memperoleh 5,707 undi.

 

+ - reset