Berita Politik
PN kemuka 3 nama anak tempatan dipertimbang jadi calon PRK Mahkota
KLUANG 15 Ogos – Tiga nama yang berpotensi menjadi calon mewakili Perikatan Nasional (PN) akan diserahkan kepada pimpinan pusat pada minggu ini bagi dipertimbangkan sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota pada September ini.
Pengerusi PN Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata tiga calon lelaki anak tempatan yang terdiri muka baharu dan lama itu diputuskan pada beberapa siri mesyuarat sebelum ini.
Katanya, pengumuman akan dibuat Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas selesai PRK DUN Nenggiri, Kelantan hujung minggu ini.
"Hari ini PN Johor baru selesai mesyuarat persiapan PRK DUN Mahkota. Kami telah mengadakan beberapa kali siri mesyuarat. Ini mesyuarat kali pertama selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) umumkan tarikh.
"InsyaAllah kami di PN bersama PAS, Gerakan dan BERSATU bagi memastikan kami dapat memenangi DUN Mahkota.
"Dahulu calon (DUN Mahkota) dari BERSATU. Setakat ini memang sepatutnya BERSATU tapi kami di Johor serahkan kepada pusat untuk tentukan. Yang penting dapat bersama.
"Setakat ini kita hantar tiga nama... tiga lelaki, ada diantara mereka pertama kali jadi calon dan ada yang pernah bertanding sebelum ini. Tiga-tiga calon tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat persiapan PRK DUN Mahkota di Pejabat BERSATU Kluang di Taman Saujana di sini, semalam.
Hadir sama, Pengerusi Perhubungan Gerakan Negeri Johor, Datuk Teo Kok Chee; Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Abdullah Husin dan Bendahari PN Johor, Datuk Mohd Rashid Hasnon.
Menurut laporan Berita Harian, ketika ditanya mengenai keyakinan PN dalam merebut kerusi DUN Mahkota, Sahruddin berkata, pihaknya yakin akan berlaku peralihan sokongan rakyat berdasarkan sentimen isu semasa termasuk kenaikkan harga barang dan pemotongan subsidi diesel.
"Melihat keadaan sekarang dengan ekonomi yang tidak stabil, harga barang naik, harga diesel dan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), Insa'allah ada 'swing' (peralihan) kepada PN.
"Jentera ramai, kita juga sudah siapkan bahagian angkat Pusat Daerah Mengundi (PDM)," katanya.
Semalam SPR dilaporkan menetapkan hari pengundian bagi PRK DUN Mahkota pada 28 September ini, berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zin pada 2 Ogos lalu.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, dilaporkan berkata tarikh penamaan calon dan pengundian awal pula masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September.
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm