Berita Sukan
Valdumar tinggalkan Kijang Emas, sertai liga Libya

KUALA LUMPUR 15 Ogos - Penyerang import Kelantan Darul Naim FC, Valdumar Augusto Te meninggalkan Kijang Emas selepas mendapat tawaran menyertai kelab dari liga Libya.
Kelantan Darul Naim dalam kenyataan media berkata pihaknya mengesahkan penyerang import dari Guinea-Bissau itu meninggalkan Kijang Emas selepas hampir setengah musim bersama pasukan bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.
"Kontrak pemain itu bersama pasukan berakhir berkuat kuasa hari ini. Ketika bersama Kelantan Darul Naim, Valdumar beraksi dalam sembilan perlawanan termasuk satu perlawanan pusingan kalah mati pada aksi Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim FC," menurut kenyataan itu.
Menurut Kelantan Darul Naim, difahamkan Valdumar meninggalkan kelab berikutan kesulitan untuk menyesuaikan diri dengan skuad kendalian Park Jae-hong sekali gus memutuskan tidak menyambung kontrak.
"Pemain berusia 26 tahun ini sentiasa menunjukkan komitmen tinggi, bersikap profesional selain sentiasa memberikan yang terbaik kepada kelab dan pasukan sejak dibawa masuk pada April lepas.
"Pihak pengurusan kelab merakamkan ucapan terima kasih dan selamat maju jaya kepada Valdumar serta berbangga dengan segala sumbangan diberikan terutamanya pada setiap sesi latihan dan perlawanan rasmi melibatkan Kelantan Darul Naim," menurut kenyataan itu. - Bernama
#BOLASEPAK #KELANTANDARULNAIM #LIGAMALAYSIA
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm