TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Politik

UMNO tak jemput pemimpin PH, Kerajaan Perpaduan hadiri PAU minggu hadapan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 Ogos – UMNO tidak menjemput mana-mana pemimpin utama daripada Kerajaan Perpaduan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 yang akan bermula minggu hadapn.

Sebaliknya, perhimpunan itu hanya akan melibatkan dari parti komponen Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata UMNO mengambil pendekatan berbeza berbanding pada perhimpunan tahun lalu, dengan mengutamakan keluarga besar UMNO.

Katanya, keputusan untuk tidak menjemput pimpinan parti politik khususnya Pakatan Harapan (PH) serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah dipersetujui di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

"Kita sudah bincang di peringkat majlis kepimpinan Kerajaan Perpaduan untuk PAU tahun kedua ini, kita buat secara keluarga UMNO terlebih dahulu, tahun pertama (tahun lalu) kita buat jemputan dan Insya Allah mungkin tahun depan atau tahun sebelum pilihanraya biasanya.

"Dalam hal (PAU kali) ini kita mahu memberikan ruang seluasnya kepada keluarga besar UMNO untuk berbincang secara kekeluargaan, tidak ada pemimpin utama parti yang akan datang kali ini.

"Ini macam ada kesepakatan bersamalah sebab PKR pun dia sudah selesai, tapi komponen BN seperti biasalah (akan dijemput)," katanya pada sidang media khas sempena PAU 2024 di Menara Dato' Onn di sini hari ini.

Turut sama hadir, Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Sumali Reduan.

Tahun lalu, julung kali PAU menyaksikan kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP serta Parti Amanah Negara (AMANAH).

Mengulas lanjut, Asyraf berkata, fokus PAU kali ini banyak bertumpu mengupas isu-isu rakyat, selain usaha dan pencapaian UMNO dalam membawa agenda Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), halal dan tahfiz dalam Kerajaan Perpaduan.

Mengulas mengenai usul supaya dua jawatan tertinggi parti dipertandingkan pada pemilihan akan datang, Asyraf berkata, hanya satu bahagian mengemuka usul sedemikian.

"Kita punya pemilihan lambat lagi. Selagi bukan tahun pemilihan, dia tidak banyak timbulkan (dalam mesyuarat bahagian). Hanya satu bahagian saja (kemuka usul itu). Tradisi dalam UMNO, kalau bukan 'mood' pemilihan, ia bukan jadi isu (keutamaan) besar," katanya.

+ - reset