Berita Santai
Nutrisi Tanpa Kompromi: Terokai Smart Umami Wheels Bersama Generasi Baharu
KUALA LUMPUR 13 Ogos 2024 – Pengembaraan “Smart Umami Wheels Roving Truck” kini telah melabuhkan tirai dengan jayanya, kempen yang berlangsung pada 9 Julai hingga 5 Ogos lalu di universiti awam dan swasta di sekitar Lembah Klang (rujuk jadual di bawah) berjaya meningkatkan kesedaran terhadap pemakanan sihat terutamanya dalam kalangan Generasi Z (Gen Z). Inisiatif ini menjadikan jalanan sebagai hub keseronokan dengan memberikan pendedahan bahawa makanan rendah sodium juga lazat untuk dinikmati.
Kempen ini telah dilakukan secara strategik dengan fokus kepada Gen Z, bertujuan untuk berkomunikasi dan mendidik mereka tentang manfaat mengamalkan tabiat pemakanan yang lebih sihat sejak usia muda.
Sepanjang 3 minggu kempen ini berlangsung, “Smart Umami Wheels Roving Truck” ini menjadi simbol keseronokan dan pembelajaran. Salah satunya ialah menggunakan Penambah Perasa Umami AJI-NO-MOTO®️ untuk mencipta hidangan yang lebih sihat tanpa mengurangkan kelazatan makanan selain mengajak Gen Z untuk mengamalkan pemakanan sihat sejak usia muda.
Pengunjung juga didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang informatif dan menghiburkan, antaranya, Permainan interaktif dan mesin Gashapon memberikan peluang kepada pengunjung untuk memenangi pelbagai barangan eksklusif seperti lanyard, baju-T besar, pin, dan magnet peti sejuk, menjadikan ia sebagai satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan dan menyeronokkan.
Selain itu, pengunjung berpeluang merasai sendiri hidangan unik seperti Nasi Lemak Sushi dan Mini Chicken Vegetable Quiche yang dihasilkan menggunakan kaedah “Smart Salt” (yang melibatkan penggantian sebahagian garam dengan AJI-NO-MOTO®, mengurangkan pengambilan sodium sehingga 40%), membuktikan bahawa makanan rendah sodium (makanan sihat) tidak mengorbankan kelazatan makanan
Dalam masa sama, kempen ini juga menampilkan sentuhan moden dengan menyediakan Teknologi Augmented Reality (AR) bagi membolehkan pengunjung merakam momen indah dengan pelbagai Filter menarik untuk dikongsikan di media sosial Instagram. Pengunjung yang mengikuti media sosial Instagram @ajinomotomyfoodie juga boleh menebus hadiah menarik.
Kejayaan kempen “Smart Umami Wheels Roving Truck” telah menetapkan standard baharu dalam mempromosikan amalan pemakanan sihat. Ajinmoto (Malaysia) Berhad mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat. Pastikan anda terus mengikuti perkembangan kami di media sosial dan laman web untuk maklumat lanjut dan aktiviti yang menarik. Ayuh!, kita terus mengamalkan pemakanan sihat dengan rendah sodium untuk setiap hidangan di rumah!
Perjalanan “Smart Umami Wheels” seperti di bawah:
Tarikh |
Lokasi |
9 & 10 Julai |
UPM Serdang |
11 Julai |
Sunway College, Petaling Jaya |
12 Julai |
INTI College, Subang Jaya |
13 Julai |
TTDI, Kuala Lumpur |
15 & 16 Julai |
Universiti Malaya, Petaling Jaya |
17 Julai |
SEGI College, Kota Damansara |
18 Julai |
TAR College, Setapak |
20 Julai |
Splashmania, Gamuda Cove |
22 Julai |
IMJ, Bukit Jalil |
23 Julai |
APU, Bukit Jalil |
24 & 25 Julai |
UCSI Cheras, & TAR UMT, Setapak |
26 Julai |
UTAR Sg Long, Kuala Lumpur |
30 Julai |
MSU, Shah Alam |
5 Ogos |
MAHSA, Bandar Saujana Putra |
Berita berkaitan
November 6, 2024, 10:27 am
Hejira mahu ramai anak muda tunaikan umrah, pakej harga mampu
October 5, 2024, 6:18 pm
HAUS Cosmetics syarikat pertama bumiputera terima pengiktirafan di dunia dari Switzerland
October 3, 2024, 10:28 am
Program tahunan "I Eat Nasi Lemak" kembali
October 1, 2024, 3:37 pm
Kamal Haasan, AR Rahman bakal hadiri resepsi perkahwinan anak lelaki DMY 12 Oktober ini
September 19, 2024, 3:09 pm
Festival Nasi Kandaq 2.0 kembali di Sunway Putra Mall
June 25, 2024, 11:23 am
Haram pasangan berkahwin pilih gaya hidup 'Childfree'
June 20, 2024, 2:21 pm
Seafood Festival 2024 kumpul pakar makanan 'seafood' seluruh negara
May 1, 2024, 9:16 am
ChocoAlbab tawar Proton X70 percuma di Jom Heboh
April 22, 2024, 10:19 am