Berita Dunia
AS ramal Iran serang Israel minggu ini
WASHINGTON 13 Ogos – Iran dijangka akan melancarkan serangan 'signifikan' ke atas Israel minggu ini, kata Rumah Putih pada Isnin.
Kenyataan itu ketika Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden membincangkan krisis berkenaan dengan pemimpin Eropah.
"Kami perlu bersedia untuk apa yang boleh menjadi satu set serangan signifikan," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara John Kirby kepada pemberita.
"Kami berkongsi kebimbangan dan jangkaan yang sama seperti rakan sejawatan Israel kami berhubung kemungkinan masa (serangan) itu minggu ini," tambah Kirby.
Kenyataan Kirby dibuat ketika AS sedang mengerahkan kumpulan kapal induk dan kapal selam peluru berpandu ke rantau itu sebagai tanda sokongan kepada Israel.
Iran dan kumpulan Hizbullah Lubnan berikrar untuk membalas dendam susulan serangan maut pada bulan lalu.
Serangan itu menyebabkan kematian ketua politik Hamas Ismail Haniyeh dan komander Hizbullah, Fuad Shukr.
Biden memanggil pemimpin Perancis, Jerman, Itali dan Britain, Isnin lalu, untuk membincangkan ketegangan yang semakin meningkat, tambah Rumah Putih.
Ia sebahagian besarnya untuk semua pemimpin berkenaan mengulangi apa yang mereka katakan sebelum ini, dari segi menyokong pertahanan Israel.
Ia juga bertujuan menghantar mesej kuat dan menyatakan keengganan untuk melihat sebarang peningkatan dalam keganasan, sebarang serangan oleh Iran atau proksinya.
Pemimpin terbabit juga menggesa gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza, dengan rundingan sukar ditetapkan pada Khamis ini untuk menghentikan konflik.
Gesaan itu dibuat sejurus selepas Biden kembali ke Pejabat Oval selepas menghabiskan cuti hujung minggu yang panjang di rumah pantainya di Delaware.
Berita berkaitan
December 2, 2024, 12:19 pm
Trump lantik Massad Boulos penasihat Asia Barat
November 22, 2024, 1:00 pm
ICC keluar waran tangkap ke atas Netanyahu
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm