Berita Sukan
Kontinjen negara gagal Olimpik Paris, Hamidin minta semua berpijak di bumi nyata

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Ketua Kontinjen Malaysia Ke Sukan Olimpik Paris, Datuk Hamidin Mohd Amin meminta semua pihak berpijak di bumi nyata susulan tanggapan kegagalan kontinjen negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Menurutnya, walaupun gagal meraih pingat emas, namun kebanyakan atlet negara telah menampilkan peningkatan prestasi di temasya sukan terbesar dunia itu.
"Kita perlu berpijak di bumi nyata. Contohnya badminton, tak ada pun dalam senarai ranking pemain kita berada di kedudukan pertama atau kedua dunia.
"Tetapi, mereka telah melepasi lebih daripada prestasi ketika beraksi di Olimpik. Kita kena lihat perkara itu.
"Jadi, kalau kita katakan mereka di ranking nombor satu atau dua dunia kalau tak dapat emas itu lain lah," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba dari Paris pada Selasa.
Pada edisi Olimpik kali ini, kontinjen negara membawa pulang dua pingat gangsa dari gelanggang badminton menerusi pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia. - Sinar Harian
#OLIMPIK #PARIS #DATUKHAMIDIN
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm