TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Ada banyak sukan lagi, jangan harapkan badminton sahaja bawa pulang pingat - Rexy

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 Ogos - Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky berharap Malaysia turut memberi fokus untuk mengumpul pingat daripada sukan lain dan tidak mengharapkan badminton semata-mata.

Beliau berkata, tumpuan boleh diberikan kepada sukan seperti renang, olahraga, dan gimnastik yang berpotensi menghasilkan pingat untuk negara.

“Kenapa tidak untuk masa hadapan kita juga fokus kepada sukan yang boleh menghasilkan pingat seperti olahraga, renang, gimnastik dan terjun.

“Berikan dana untuk mereka, selain badminton tumpukan dana untuk renang. Contohnya hantar atlet berlatih di Amerika Syarikat (AS) empat tahun…sediakan dana, berlatih.

“Setiap atlet mungkin boleh sumbangkan pingat. Kita sasarkan lima mungkin boleh dapat satu. Jangan hanya harapkan badminton, saya jamin kalau hanya harapkan badminton kamu akan menghadapi tekanan seperti kami,” katanya pada sidang media di ABM.

Malaysia menghantar 26 atlet bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 dalam beberapa acara seperti badminton, memanah, olahraga, terjun, golf, perahu layar, menembak, renang dan angkat berat.

Namun, hanya merangkul dua pingat gangsa melalui badminton yang dimenangi beregu lelaki Aaron Chia dan Soh Wooi Yik serta jaguh perseorangan Lee Zii Jia.

Sementara itu, Rexy mengakui pasukan badminton kecewa kerana gagal meraih pingat emas namun berpuas hati dengan prestasi pemain.

“Kita harus jujur, kita kecewa tetapi gembira dengan prestasi pemain, mereka juga kecewa tak dapat emas tetapi mereka dah tunjukkan prestasi.

Tetapi apa yang sudah kita buat, kita akan pastikan masa akan datang kita cuba meraih emas dengan pasukan dan bakat yang kita ada, katanya.

+ - reset