Berita Hiburan
'Dua Minit Satu Resepi' bawa tuah buat Che Sayang, ketepi Ryan Bakery, Sofyank
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Perkongsian video masakan ringkas dan mudah sekali lagi mendapat tempat di hati pengguna platform media sosial, TikTok apabila pencipta kandungan, Che Sayang dinobat sebagai 'Creator of The Year' di TikTok Awards Malaysia malam tadi.
Che Sayang atau nama sebenarnya, Abdul Qayyum Khalid yang dikenali dengan siri 'Dua minit Satu Resepi' menewaskan lima pencabar lain yang turut tercalon dalam kategori sama.
Biarpun baru sahaja mula berkecimpung dalam dunia penciptaan kandungan tahun lalu, itu tidak menjadi penghalang buat Che Sayang menghasilkan ratusan video masakan yang mampu menarik perhatian penonton sehingga membawanya ke tahap ini.
"Perasaan saya memang sebak. Sekarang pun masih tak percaya lagi. Sebab saya tahu calon-calon yang lain sangat hebat, banyak sumbangan mereka dalam penciptaan kandungan ini. Tapi saya cakap dengan pasukan saya, daripada kita mengalah, kita bekerja lebih keras," katanya yang ditemui selepas menerima trofi kejayaannya.
Che Sayang menewaskan lima pencabar lain iaitu Ryan Bakery, Sofyank, Shi Qi, Daddy Hood dan Sofea Shra.
Beliau yang juga seorang jurutera data menyifatkan kejayaan itu adalah hasil sokongan peminat dan keluarga khususnya ibu beliau atas perkongsian resepi yang diwarisi.
"Sebelum ini saya sudah berniaga banyak benda dan banyak yang tak jadi. Kemudian pada tahun 2023, saya kata saya akan kembali, walau apa jadi pun, saya nak buat sampai jadi".
Anugerah itu turut memperkenalkan kategori istimewa iaitu "Changemaker of The Year" bagi mengiktiraf pencipta kandungan yang memberi impak besar serta positif kepada komuniti.
Ia diraih Brader Wheelchair atau Nur Izhar Idham, individu orang kurang upaya, OKU yang giat menyebarkan kesedaran tentang kemudahan OKU di negara ini selain ianya turut diraih Lokohopunoh Group.
"Alhamdulillah, terima kasih kepada TikTok dan TV3 atas anugerah ni. Ada juga pihak yang menghargai hasil usaha saya selama ini. Terima kasih juga untuk kawan-kawan dan geng kerusi roda saya," ucap Nur Izhar Idham.
Tiktok Awards Malaysia yang berlangsung di ibu negara malam tadi dianjurkan buat tahun kedua bagi menghargai bakat dan karya pencipta kandungan tempatan.
Ia turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti serta persembahan dari Aina Abdul, Naim Daniel, Aisha Retno dan ramai lagi.
Berita berkaitan
January 31, 2025, 9:54 am
Afdlin Shauki nafi terlibat salah laku perolehan projek DBKL
January 28, 2025, 4:38 pm
Along Cham dakwa isteri seleweng RM100,000, Aaron Aziz antara mangsa
January 28, 2025, 11:51 am
Baru lepas penjara semalam, Along Cham failkan pengesahan cerai taklik terhadap isteri
January 27, 2025, 4:21 pm
Fatima luah tak sayang Fattah lagi
January 20, 2025, 9:35 am
Ketiadaan Yassin Yahya timbulkan persoalan, anggota Senario kekal berdiam
January 16, 2025, 12:20 pm
Shuib, Mamat tangguh hasrat tunai umrah Ramadan Ini
January 13, 2025, 2:01 pm
Kahar: Kapla High Council sambung tayangan di Astro First
January 7, 2025, 12:19 pm
Jamal Abdillah sambut anak ketujuh pada usia 66 tahun
December 29, 2024, 7:32 pm
Che Ta dah bayar hutang Mara RM550,000 - Asyraf Wajdi
December 26, 2024, 11:11 am