Berita Sukan
Didakwa punca Shah Firdaus jatuh, ‘Jabatan Netizen’ serang media sosial pelumba Jepun

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kecoh di laman sosial semalam apabila akaun media sosial pelumba berbasikal trek Jepun, Shinji Nakano diserang ‘Jabatan Netizen’ Malaysia susulan didakwa menjadi punca Muhammad Shah Firdaus Sarom terjatuh sekali gus terlepas pingat di pentas Sukan Olimpik Paris 2024.
Menerusi tinjauan Media Telus di Instagram Shinji, rata-rata rakyat Malaysia meluahkan berang dan rasa tidak puas hati kepada pelumba berusia 25 tahun itu.
Malah, turut dapat dilihat pelumba Jepun itu terpaksa menghadkan ruangan komen kerana netizen melemparkan pelbagai kata-kata terhadapnya.
Setakat ini, hantaran yang baru dimuat naik Shinji di atas kejayaannya meraih pingat gangsa sebentar tadi diserang bertubi-tubi sehingga mencecah lebih 40,000 komen.
“Lain kali masuk kategori ‘bumper car’ kalau nak langgar orang lain,” kata seorang pengguna.
Terdahulu, media melaporkan misi pelumba berbasikal trek negara, Muhammad Shah Firdaus untuk membawa pulang sekurang-kurangnya pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 berkecai selepas dirempuh Shinji pada aksi final sebentar tadi.
Pelumba berusia 28 tahun itu bermula dengan baik ketika bersaing di Velodrom de Saint-Quentin-en-Yvelines selepas berada dalam kedudukan ketiga namun segalanya berubah apabila berlaku insiden pelanggaran.
Ketika itu, pelumba Great Britain, Jack Carlin terlebih dahulu terjauh sebelum Nakano dilihat hilang kawalan sebelum merempuh Shah Firdaus dari arah belakang sekali gus melenyapkan harapan pelumba negara itu untuk berada di pentas podium.
Pingat emas menjadi milik pelumba Belanda, Harrie Lavreysen dan Matthew Richardson dari Australia membawa pulang pingat perak. – Media Telus
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm