TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Atlet menembak Korea rebah akibat sawan

By
|
Kongsi
image

SEOUL 9 Ogos - Pemenang pingat perak Korea Selatan di Sukan Olimpik Paris Kim Ye-ji rebah secara tiba-tiba ketika sidang media hari ini.

Chosun Daily melaporkan Ye-ji, 31, yang menduduki tempat kedua acara 10 meter air pistol tiba-tiba rebah akibat sawan ketika ditemu di Lapangan Menembak Jeonbuk di Imsil County, wilayah North Jeolla sekitar 10 pagi waktu Malaysia.

Ambulan dipanggil dan Ye-ji dibawa ke hospital di Jeonju.

Ketua jurulatih pasukan memanah Korea Selatan Kwak Min-so, dilaporkan berkata, Ye-ji tidak mempunyai penyakit serius atau pernah berdepan masalah sama sebelum ini.

Ye-ji menjadi sensasi di Internet susulan fotonya bertanding di Paris dengan gaya unik tersebar di media sosial. - Agensi

+ - reset