Berita Politik
'Kita bagi RM713,500, tapi Azizi hanya guna RM72,000' - MB Kelantan dedah bekas ADUN Nenggiri fitnah tak dapat peruntukkan
GUA MUSANG 9 Ogos - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, sudah disalurkan dengan peruntukan lebih RM700,000 oleh Kerajaan Kelantan bagi membangunkan kawasan yang diwakilinya itu.
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nassuruddin Daud, ketika mengumumkan peruntukan itu, mendedahkan bahawa daripada jumlah dana yang diperuntukkan itu, Azizi hanya menggunakan kira-kira RM72,000.
Beliau berkata, jumlah yang dimanfaatkan oleh bekas ADUN terbabit adalah kira-kira 10 peratus daripada peruntukan yang disediakan iaitu sebanyak RM713,500.
"Ambo (saya) nak cerita, kita bagi RM713,500 kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri untuk tahun ini sahaja.
"Tuan-tuan tahu, dia (Azizi) guna berapa ni ambo (saya) kira belako (semua), setakat ini melalui Pejabat Tanah dia boleh guna peruntukan itu nak bagi siapa, untuk bantu rakyat, tapi dari jumlah yang kerajaan negeri beri, dia guna hanya RM72,000 iaitu 10 peratus sahaja.
"Kita bagi semua peruntukan kepada wakil rakyat, hak sudah ada dalam tangan, peruntukan sudah ada kenapa tak guna tetapi buat cerita kata kerajaan negeri tak beri peruntukan, ini fitnah.
"Dia juga fitnah kata kerajaan negeri beri (peruntukan) kepada penyelia DUN, dia sedar atau tidak, kawasan itu (DUN Nenggiri) penyelia pun tidak ada," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Nenggiri di Kampung Pasir Tumbuh, di sini, hari ini memetik laporan Berita Harian.
Terdahulu media melaporkan Mohd Azizi mendakwa beliau dinafikan hak ketika menjadi ADUN di kerusi berkenaan, selain tidak pernah menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan negeri.
Beliau yang diisytiharkan hilang keahlian BERSATU pada 13 Jun lalu, turut mencabar pimpinan PAS mengemukakan bukti bahawa beliau menerima peruntukan sehingga menggelarkan dirinya tamak.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am