TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Hannah Yeoh pertahan tindakan puji atlet Thailand

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 8 Ogos - Selepas dikritik rakyat yang mempersoal tindakannya bergambar dengan atlet Thailand, Kunvalut Vitidsarn yang mengalahkan atlet negara, Lee Zii Jia dalam sukan badminton, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh tampil memberi penjelasan.

 

Hannah menerusi hantaran di akaun media sosialnya menekan bahawa semangat kesukanan amat penting untuk difahami.

"Poin pertama, fahami dulu apa itu nilai Olimpik. Hormat dan persahabatan. Titik permulaan yang sangat asas.

"Poin kedua, bila perlawanan sudah tamat, terima pingat dan kita raikan pemenang. Semangat kesukanan adalah mengenai menerima kekalahan apabila semuanya sudah berlangsung dengan adil dan dapat mengiktiraf pesaing anda dengan cara yang terhormat," katanya.

Menurut Hannah menerusi poin ketiganya, dia memaklumkan bahawa dirinya bukan sahaja Menteri Sukan, tetapi juga Menteri Belia yang mana kehadirannya adalah untuk memupuk budaya sukan yang sihat dalam kalangan belia.

"Bukan semuanya berkisar mengenai kemenangan sahaja. Kita bukan kalah. Tidak ada yang tidak sensitif untuk mengakui kekuatan pihak lawan selepas pertandingan.

"Sukan mengajar kita pengajaran yang tidak ternilai mengenai kehidupan dan inilah sebabnya ibu bapa mesti menggalakkan anak-anak bersukan. Mereka menjadi lebih kuat apabila mereka mengamalkan semangat kesukanan yang tinggi," katanya.

Dalam pada itu, menjawab tuduhan berat sebelah terhadap pemain negara lain, beliau turut berkongsi gambar mengucapkan tahniah kepada jurulatih Jepun dari Malaysia, Tan Kim Her dan Jeremy Gan selepas beregu Negara Matahari Terbit itu, Nami Matsuyama-Chiharu Shida menewaskan Pearly Tan-M Thinaah pada separuh akhir. - Media Telus

#HANNAHYEOH #SUKAN #OLIMPIKPARIS #ATLETTHAILAND

+ - reset