Berita Sukan
Aniq Kasdan ikon baharu sukan negara - Hannah

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyifatkan atlet angkat berat negara, Aniq Kasdan yang bertanding di Olimpik Paris 2024 sebagai ikon baharu sukan negara.
Hannah Yeoh berkata, Aniq menunjukkan peningkatan yang amat ketara walaupun baru sahaja dimasukkan ke dalam program Road To Gold pada November lalu.
"Aniq hampir menang pingat gangsa di Paris selepas memecahkan rekod kebangsaan dengan jumlah angkatan 297 kilo.
"Peningkatan yang amat ketara daripada ranking ke 10 kepada nombor 4 di Sukan Olimpik.
"Beliau telah menunjukkan bahawa sukan angkat berat mempunyai potensi raih pingat emas di LA2028 nanti," kata Hannah.
Untuk rekod, pingat emas dipertahankan atlet China, Li Fabin dengan jumlah angkatan keseluruhan 310kg manakala wakil Thailand, Theerapong Silachai membawa pulang perak, 303kg. - Media Telus
#ANIQKASDAN #ANGKATBERAT #OLIMPIKPARIS
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm