Berita Politik
Annuar Musa bukan panglima UMNO, tapi Hang Jebat - Mohd Puad
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 8 Ogos - Kenyataan Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang mengangkat dirinya sebagai panglima UMNO Kelantan ketika berkempen di Meranto dibidas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Puad Zarkashi.
Menurut Mohd Puad, seorang panglima tidak akan lari apatah lagi tikam parti dari belakang dan Nik Abdu juga sepatutnya meletakkan Annuar dalam senarai Hang Jebat setaraf Jelani.
"Dia (Annuar) puji dirinya banyak buat jalan di Gua Musang. Sedangkan dia banyak kontroversi. Digantung oleh FAM 30 bulan. Digantung Pengerusi MARA. Termasuk isu PPRT Kelantan.
"Dia putar belit isu Muafakat Nasional. Patut dia tanya Pas kenapa main dua lawang. Kenapa sertai PN. Kalau soal ummah kenapa jemput Bersatu tapi halang Amanah (PAN) sertai MN?" katanya dalam satu kenyataan di media sosial.
Mohd Puad turut mempersoalkan Annuar yang cuba tunjuk hero dalam isu ICERD dan Statut Rome dan mengapa tidak membelasah Saifudin Abdullah yang berada di pentas sama ketika itu kerana dialah Menteri yang mahu ICERD dan Statut Rome diritifikasi.
"Dia main isu tanah Kesedar. Walhal Dia pernah jadi Menteri Luar Bandar. Kesedar di bawah dia. Jawablah isu dibangkitkan oleh ADUN Galas?
"Kenapa syarikat baru daftar tidak sampai setahun dapat projek ladang hutan di HSK Perias Hulu Nenggiri Mukim Bertam seluas 202 hektar? Sedangkan rakyat Nenggiri masih tidak dapat geran tanah berpuluh tahun? Itu kuasa kerajaan negeri," katanya. - Media Telus
#MOHDPUADZARKASHI #UMNO #PAS #KELANTAN #ANNUARMUSA
Berita berkaitan
November 23, 2024, 11:59 am
BERSATU perlu tarik sokongan baharu dengan agenda jelas – Wan Saiful
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm