Berita Sukan
Hargai usaha gigih atlet, Pahang setuju naikkan ganjaran pemenang pingat emas SUKMA

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 8 Ogos – Kerajaan negeri Pahang bersetuju untuk meningkatkan kadar insentif bagi pemenang pingat emas atlet negeri itu yang bertanding di Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 di Sarawak.
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK).
Menurutnya, peningkatan kadar insentif ini sebagai menghargai komitmen, usaha gigih para atlet yang bersungguh-sungguh berlatih dan berkorban untuk meningkatkan imej Pahang, selain memajukan bidang sukan di negeri ini.
"Melalui insentif ini, setiap pemenang pingat emas atlet individu akan menerima insentif RM6,000, berbanding RM4,000 sebelum ini.
"Bagi, setiap pemenang pingat emas atlet berkumpulan akan menerima insentif RM2,000 setiap seorang, berbanding RM1,000 sebelum ini," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau berharap para atlet Sukma Pahang dapat mempamerkan semangat kesukanan tinggi dalam mengharungi saingan SUKMA Ke-21 yang akan berlangsung pada 17 hingga 24 Ogos ini.
Jelasnya, mereka juga perlu mempunyai keazaman dan kecekalan terutamanya dalam memburu pingat emas.
"Selamat berjuang kepada semua atlet Sukma Pahang dan jadilah inspirasi kepada generasi muda negeri ini," katanya. - Media Telus
#SUKMA #Sukan #emas
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm