Berita Politik
'Penduduk Nenggiri pun nak lihat wajah DAP, kenapa tak nak datang?' - Tuan Ibrahim
GUA MUSANG 8 Ogos - PAS mempelawa DAP untuk turun padang membantu Barisan Nasional (BN) di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Timbalan Presiden, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata DAP disifatkan seolah-olah tiada semangat setiakawan apabila tidak turun sepanjang tempoh berkempen.
"DAP ini tiada semangat setiakawan, ketika kawan (BN) tengah susah berdepan PRK, DAP tak datang pun bantu.
"Kenapa DAP tak nak datang? Penduduk di DUN Nenggiri pun mahu melihat raut wajah DAP.
Mereka tidak sama seperti PN, kita bila calon BERSATU bertanding di PRK Kuala Kubu Baharu, kita sama-sama tolong.
"Begitu juga di PRK Sungai Bakap dan PRK Nenggiri saling bantu membantu," katanya dalam ceramah umum di Unit Daerah Mengundi (UDM) Sungai Terah, malam tadi.
Menurut laporan Berita Harian, Tuan Ibrahim berkata pihaknya berpuas hati dengan gerak kerja jentera PN sepanjang tempoh berkempen.
"Cuma berbaki beberapa hari lagi kita pastikan jentera dapat tingkatkan lagi keupayaan dengan membuat kunjungan ke rumah pengundi bagi memastikan peratusan keluar mengundi adalah tinggi," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, DAP tidak menerima undangan daripada BN untuk membantu berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, parti itu akan hanya turun membantu BN berkempen sekiranya dijemput hadir.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am