Berita Sukan
Aaron China-Soh Wooi Yik mahu buat persiapan awal sasar emas di Olimpik Los Angeles 2028

Oleh AZRUL RADI
SEPANG 7 Ogos - Selepas meraih gangsa di Sukan Olimpik Paris, pasangan beregu badminton negara, Aaron China-Soh Woo Yik mahu membuat persiapan awal bagi menggenggam pingat emas di Olimpik Los Angeles 2028.
Menurut Aaron, mereka masih mempunyai banyak ruang untuk diperbaiki.
"Kami perlu buat perseediaan yang awal jika mahu beraksi di Olimpik Los Angeles. Selain itu, kesihatan juga antara yang menjadi keutamaan.
"Kami belajar banyak di Olimpik kali ini, kami mendapat gangsa kedua kami dalam Olimpik kedua kami. Ini istimewa untuk kami... kami kembali dari situasi sukar dan akhirnya mendapat gangsa," katanya dalam sidang media khas menyambut kepulangan atlet badminton di KLIA, hari ini.
Dalam pada itu, Wooi Yik punla menyifatkan Olimpik Paris kali ini berbeza dengan penampilan mereka di Olimpik Tokyo sebelum itu.
"Semasa Olimpik Tokyo, tiada penyokong di stadium manakala berbeza dengan Paris kerana kami dapat merasakan tekanan dan sokongan yang diberikan penyokong," katanya.
Pasangan ini juga berkata mereka akan mengambil masa untuk bercuti seketika bersama keluarga sebelum kembali berlatih bagi Terbuka Jepun pada 20-25 Ogos dan Terbuka Korea pada 27 Ogos-1 September. - Media Telus
#AARONCHIA #SOHWOOIYIK #BADMINTON
Berita berkaitan
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm
Bergson hampir rampas gelaran penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Super
April 9, 2025, 11:43 am
TMJ lawat pusat latihan PSG, dijemput saksikan aksi Liga Juara-Juara
April 8, 2025, 4:43 pm
Manchester United sah beraksi di Malaysia 28 Mei Ini
April 8, 2025, 10:48 am
Tewaskan Yemen 4-1, Indonesia cipta sejarah layak ke Piala Dunia
March 28, 2025, 1:13 pm