Berita Politik
Hilang keyakinan pimpinan parti, lebih 1,000 ahli Bersatu Jeli keluar parti
JELI 7 Ogos – Hilang keyakinan terhadap pimpinan parti menjadi punca utama lebih 1,000 pimpinan dan ahli Bersatu membabitkan lapan cawangan di sini mengumumkan keluar daripada parti, berkuatkuasa hari ini.
Faktor lain yang menyumbang kepada tindakan itu juga apabila Bersatu dilihat lemah dalam percaturan politik terutama isu pemilihan calon di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri.
Berikutan itu, lapan cawangan Bersatu di Jeli iaitu Lawang, Asahan, Batu Gajah, Kedai Kuala Balah, Legeh, Nibong, Jedak Tua dan Kubur Datu dianggap 'terkubur' selepas kesemua mereka keluar daripada parti.
Bekas Timbalan Ketua Cawangan Bersatu Kedai Kuala Balah, Rodzi Muhammad, berkata keputusan yang diambilnya bersama rakan-rakan adalah kerelaan mereka sendiri tanpa paksanaan mana-mana pihak.
"Bersama saya hari ini termasuk tiga ahli jawatankuasa (AJK) Bersatu Jeli, lapan ketua cawangan BERSATU dan Penolong Setiausaha Srikandu Bersatu Jeli mengumumkan perletakan jawatan kami berkuatkuasa serta merta.
"Keputusan ini kami ambil secara sukarela dan tiada paksaan serta tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
"Sehubungan dengan itu, lapan cawangan dan 18 cawangan srikandi dengan ini mengumumkan pembubaran di cawangan Bersatu terbabit," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya, keyakinan mereka terhadap Bersatu sudah terhakis sama sekali dan parti itu disifatkan bukan lagi parti dominan orang Melayu yang boleh bergantung harap.
"Bersatu dilihat begitu lemah dan ini jelas dalam pemilihan calon PRK DUN Nenggiri dimana Bersatu jelas dipermainlak dan digula-gulakan oleh PAS. Kami amat malu dan tercabar dengan kesilapan percaturan ini.
"Kami melihat Kerajaan Perpaduan yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih berkarisma dan berdaya maju" katanya.
Rodzi berkata, setakat ini mereka tidak menyertai mana-mana parti namun menyokong Kerajaan Perpaduan.
Berita berkaitan
November 11, 2024, 11:01 pm
Kekalahan Gobind tanda perubahan 'politik dinasti' dalam DAP
November 11, 2024, 9:21 am
Gobind tewas, ADUN Kinrara, Sze Han kini Pengerusi DAP Selangor baharu
November 5, 2024, 2:59 pm
BN terbuka bekerjasama dengan mana-mana gabungan parti dalam PRN Sabah
November 4, 2024, 11:50 am
BN enggan bentuk kerajaan perpaduan, Amanah mahu tanding 20 kerusi DUN Johor
November 4, 2024, 11:27 am
BN tetap bekerjasama dengan PH dalam PRN Sabah akan datang
October 26, 2024, 2:01 pm
MKT UMNO sifatkan Rayer sebagai hipokrit
October 16, 2024, 9:44 am
Adik Ahmad Zahid sertai PAS, jadi ahli seumur hidup
October 8, 2024, 8:51 am
UMNO komited kukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan
October 4, 2024, 6:45 pm
(VIDEO) Dua jawatan tertinggi Bersatu menang tanpa bertanding
September 29, 2024, 11:26 am