Berita Sukan
Menteri, pegawai sukan perlu jaga 'persepsi', jangan play victim kata kena cyberbully
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 8 Julai - Sukan Olimpik Paris 2024 kali ini sebenarnya bukan sahaja fokus kepada harapan negara untuk mencapai pingat emas sulung, tetapi juga melibatkan beberapa isu lain.
Sedang kita begitu fokus memberi sokongan kepada atlet negara, muncul pula isu yang dibangkitkan warganet hanya kerana sikap tidak sensitif sesetengan pihak.
Isu pertama ialah tindakan Menteri Sukan, Hannah Yeoh yang bergambar dengan atlet badminton Thailand, Kunlavut Vitidsarn dan dimuatnaik di media sosial.
Warganet mendapati perkara ini sangat sensitif kerana Kunvalut baru sahaja mengecewakan negara apabila menewaskan Lee Zii Jia di peringkat separuh akhir.
Ditambah pula dengan kapsyen yang memuji aksi Kunvalut menyebabkan rakyat semakin bengkak mata melihat tindakan menteri itu.
Bagi penganalisis sukan, Zakaria Rahim, perkara ini soal sensitiviti dan 'timing'.
"Jika hantara itu dimuat naik pada bulan depan atau hujang tahun ini, memang tidak akan jadi isu. Tapi dah jadi basi dan tiada 'political mileage'.
"Kehadiran menteri di Olimpik hanya satu tujuan. Memberi sokongan moral atas rasa kebertanggungjawaban ke atas atlet negara yang bersaing.
"Gambar dan kapsyen begini tak ada sebarang nilai pun sama ada dari sudut moral sukan mahupun politik. Ia sebaliknya mengundang kecaman
"Persolannya, kenapa semua benda nak di masukkan ke sosial media? Tak boleh ke simpan untuk koleksi peribadi? Ini bukan gambar candid atau diambil oleh orang lain. Malah bukan di post oleh pihak ketiga.
"Sekali lagi, menteri bergambar tak salah. Menteri puji atlet lain tak salah. Yang salah di postkan ke sosial media dan timing pengeposan itu," katanya.
Menurut Zakaria, perkara sama juga melibatkan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang hadir bersama isteri dan anaknya serta kad akreditasi.
"Tak ada salah pun dan dia berhak serta mampu. Cuma persepsi masyarakat bila dibandingkan dengan masalah yang dihadapi oleh Goh Jin Wei yang dihalang bawa jurulatihnya ke Paris dan Lee Zii Jia yang gagal dapat kad akreditasi buat dua pysio dan pembantunya.
"Massyarakat tak faham tentang sistem akreditasi di temasya sukan besar seperti Olimpik ini. Yang mereka faham, Goh Jin Wei tak dapat bawa jurulatihnya sebab tiada peruntukan kad akreditasi. Tapi ada orang lain dapat kad akreditasi. Mereka tak peduli kad akreditasi yang di pohon Weiwei dan Zii Jia itu kad berbeza dgn kad akreditasi khas," katanya.
Semua ini jelasnya merupakan isu persepsi dan jika menteri atau pegawai sukan memahami dan menjaganya, pasti tidak muncul isu seperti ini.
"Tapi bila tak dijaga atau tidak mendapat pegawai yang boleh menasihatkan dengan baik, maka tanggunglah. Tapi jangan pula play victim dengan kata kena cyber bully. You are the one who created the ruckus, not the rakyat. Rakyat cuma fokus nak bersorak," katanya. - Media Telus
#MOM #MENTERISUKAN #HANNAYHEOH
Berita berkaitan
January 24, 2025, 10:05 am
Kejuaraan ACC: KL City kalah 3-2 kepada kelab Vietnam
January 18, 2025, 12:25 pm
Kerjasama mantap pastikan kemenangan besar JDT ke atas TFC
January 13, 2025, 12:33 pm
Peruntukan RM30 juta tingkat motivasi Harimau Malaya
January 12, 2025, 11:18 pm
Harimau Malaya dapat peruntukan tambahan RM15 juta, dibiaya syarikat swasta
January 10, 2025, 12:15 pm
Pemain pertahanan JDT terpaksa berehat panjang akibat kecederaan ACL
January 7, 2025, 5:15 pm
Bumbung bocor, aksi Terbuka Malaysia di Axiata Arena terganggu
January 3, 2025, 3:12 pm
Masa depan Azizulhasni bersama pasukan kebangsaan masih samar
December 30, 2024, 11:20 am
Atlet silambam harum nama Malaysia, bawa pulang 12 emas, juara keseluruhan kejohanan Asia
December 24, 2024, 12:07 pm
FAM gantung keahlian KAFA berkuat kuasa serta-merta
December 20, 2024, 11:54 am