TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Sukan

Zii Jia main tak cukup agresif - Tan Boon Heong

By
|
Kongsi
image

Oleh AZRUL RADI

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Bekas pemain badminton beregu negara, Tan Boon Heong melihat Lee Zii Jia tidak begitu agresif sehingga gagal ke peringkat akhir Sukan Olimpik Paris 2024.

Boon Heong berkata, dia tidak menafikan bahawa pemain perseorangan badminton negara itu mempunyai kemajuan dan perubahan yang baik.

"Daripada segi permainan depan jaring, pertahanan, kesabaran dan mentaliti, memang nampak lebih baik.

"Tetapi perlawanan hari ini (ketika menentang Kunlavut Vitidsarn) nampak Zii Jia main tidak cukup agresif.

"Kerana bola amat cepat jadi kalau percepatkan mainan dan lebih kepada serangan, mungkin peluang untuk menang lebih tinggi sebab kebanyakan pemain yang menyerang menang," katanya.

Menurut Boon Heong, Kunlavut suka pada permainan 'rally' dan pandai unutk melakukan serangan balas.

"Zii Jia main tak begitu agresif dan ambil inisiatif. Tidak tonjol permainan seperti seorang penyerang. Sepatutnya kena main serangan sebab Kunvalut tidak takut main rally," katanya.

Bagaimanapun, Boon Heong memuji usaha Zii Jia dan berharap yang terbaik untuk aksinya dalam perlawanan bagi pingat gangsa pada hari ini. - Media Telus

#TANBOONHEONG #LEEZIIJIA #BANDMINTON #OLIMPIKPARIS2024

+ - reset