Berita Dunia
Olimpik Paris: Atlet Triatlon muntah 10 kali ketika 'live' selepas berenang di Sungai Seine
PARIS 1 Ogos - Dunia menyaksikan kejadian mengejutkan apabila seorang atlet sukan Olimpik muntah semasa siaran langsung ketika individu berkenaan terpaksa menyelam di dalam Sungai Seine, lapor laman berita The Mirror semalam.
Peserta triatlon Kanada,Tyler Mislawchuk dilihat baru sahaja melintasi garisan penamat selepas berenang hampir 1.6 kilometer di Sungai Seine yang merentasi kota Paris apabila insiden berlaku.
Sepanjang tempoh lebih 100 tahun, berenang di dalam Sungai Seine adalah dilarang kerana orang ramai berisiko dijangkiti penyakit sekiranya tertelan air sungai yang tercemar dan mengandungi kandungan tinggi bakteria berbahaya, E.coli.
Namun, ketika Perancis menjadi tuan rumah Sukan Olimpik buat kali pertama dalam tempoh 100 tahun, atlet-atlet yang mengambil bahagian dalam acara renang maraton dan triatlon dibenarkan berenang di dalam sungai itu.
“Saya tidak menyesal walaupun saya muntah sebanyak 10 kali,” kata Mislawchuk.
Dia merupakan antara beberapa atlet yang mengalami detik sukar selepas menamatkan acara triatlon termasuk berenang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan berlari 10 kilometer.
Sungai Seine gagal dalam berbilang ujian kebersihan yang dilakukan menjelang Sukan Olimpik.
Pentadbiran tempatan sebelum ini membelanjakan kira-kira AS$1.5 bilion (RM4.5 bilion) untuk menjadikan air Sungai Seine selamat semasa melakukan persiapan untuk temasya sukan terbesar di dunia tersebut. – AGENSI
Berita berkaitan
February 4, 2025, 9:41 am
Trump tidak jamin gencatan senjata Gaza akan berkekalan
February 3, 2025, 2:55 pm
Sengaja cetus kekecohan, lelaki bakar al-Quran ditahan
January 31, 2025, 12:18 pm
Lelaki bakar al-Quran ditembak mati dalam rumah di Sweden
January 31, 2025, 10:39 am
Hamas sahkan kematian komander tentera Mohammed Deif
January 30, 2025, 9:19 am
Mesir tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
January 29, 2025, 11:36 am
Air Busan terbakar sebelum berlepas, 169 penumpang, 7 kru terselamat
January 28, 2025, 12:22 pm
Microsoft mahu ambil alih TikTok - Donald Trump
January 21, 2025, 12:35 pm
Jantina tidak boleh diubah, Amerika Syarikat iktiraf lelaki dan perempuan sahaja – Donald Trump
January 21, 2025, 11:13 am
Trump angkat sumpah Presiden ke-47 Amerika
January 20, 2025, 9:31 am