Berita Dunia
Pembunuhan Ismail Haniyeh adalah tindakan pengecut yang tidak akan dibiarkan tanpa balasan - Hamas
Pembunuhan Ismail Haniyeh 'tidak akan dibiarkan tanpa balasan. Itu reaksi pegawai Hamas kepada pembunuhan pemimpin itu dalam serangan Israel di Tehran.
Pegawai kanan Hamas, Moussa Abu Marzouk seperti yang dipetik oleh Al-Aqsa TV yang dikendalikan oleh Hamas menyifatkan tindakan Israel itu sebagai pengecut, lapor Reuters.
"Pembunuhan Ismail Haniyeh adalah “tindakan pengecut yang tidak akan dibiarkan tanpa balasan," katanya.
Sementara itu, dalam kenyataan berasingan, jurucakap kanan Hamas, Sami Abu Zuhri, menyifatkan pembunuhan pemimpin itu sebagai "mencetuskan keadaan lebih serius yang tidak akan mencapai matlamatnya".
Zuhri juga dilaporkan berkata bahawa Hamas akan melancarkan “perang terbuka untuk membebaskan Baitulmuqaddis” dan kumpulan itu “bersedia membayar sebarang harga” untuk melakukannya, menurut laporan media tempatan.
Kenyataan Hamas mengatakan Haniyeh terbunuh dalam "serangan pengkhianat Zionis" di kediamannya di ibu kota Iran, Tehran. Kerajaan Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai serangan itu. - Agensi
Berita berkaitan
November 6, 2024, 5:16 pm
Trump menang Presiden Amerika Syarikat sekali lagi
November 1, 2024, 10:27 am
Angka korban ribut 'dahsyat' di Sepanyol cecah 158 orang
October 30, 2024, 9:54 pm
Wanita maut terjatuh dari tangga pesawat
October 24, 2024, 11:02 am
Hizbullah hantar peluru berpandu balas serangan paling ganas Israel
October 23, 2024, 11:55 am
Guru sambilan dipenjara kerana tegur anak polis
October 16, 2024, 12:38 pm
Terima rasuah, Hakim Mahkamah Agung dipenjara 10 tahun
October 4, 2024, 3:16 pm
AS rekod kes baharu selesema burung H5 libatkan manusia di California
October 2, 2024, 12:48 pm
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar
October 2, 2024, 11:43 am
'Silap besar Iran serang Israel- Netanyahu
September 30, 2024, 11:29 am